Tips Menggunakan Google Search dengan Profesional



Admin ingin kongsikan pada anda semua tips google search yang tepat sesuai untuk para-para pelajar atau pun sesiapa yang ingin mencari maklumat di halaman google dengan lebih tepat.

Sila SHARE jika bermanfaat.

1. Gunakan tab pada Google Search



  • Pada bahagian atas setiap carian terdapat beberapa tab iaitu Web, Imej, Berita, dan banyak lagi. Fungsi ini membantu anda menentukan jenis carian yang anda perlu lakukan. 
  • Jika anda memerlukan imej, gunakan tab Imej. Jika anda sedang mencari untuk artikel berita baru-baru ini, gunakan tab Berita. 
  • Ini dapat mengurangkan masa carian anda jika digunakan dengan betul.


2. Tools Search by Any Country and Any time


  • Jika anda ingin mendapatkan maklumat hasil carian di google search gunakan tools pada gambar di atas. 
  • Anda boleh setkan hasil carian anda melalui country dan waktu.
  • Contoh anda inginkan hasil carian di dalam Malaysia hanya pilih country Malaysia.
  • Jika anda ingin maklumat hasil carian pada waktu tertentu cuma pilih salah satu dari pilihan Any time - Past hour - Past 24 hour - Past Month - Past Year.


3. Gunakan symbol quotation mark pada ayat yang anda ingin search




  • Apabila anda ingin mencari sesuatu yang spesifik, cuba guna kan simbol "" untuk mengurangkan hasil carian pada google search.
  • Tanpa simbol "" google search akan menunjukkan hasil carian yang mengandungi  frasa ayat tersebut
  • Jika anda mengunakan "", ia akan mencari frasa yang tepat seperti yang anda taip. Ini boleh membantu mencari maklumat tertentu yang lebih tepat.


Lihat contoh hasil carian dengan mengunakan "" dan tidak mengunakan "" . Klik gambar untuk imej besar.

tidak mengunakan ""
mengunakan ""
4. Gunakan Symbol Colon`:`untuk mencari maklumat-maklumat tertentu pada spesifik website.

Format : X1 site:X2
X1 : Kata kunci yang ingin anda search
X2: Domain Website.


Contoh anda ingin mencari kerja Tentera pada blog ini anda cuma perlu taip : Tentera site:alljobmalaysia.blogspot.com


Hasil carian akan menunjukkan artikel yang berkaitan tentera dalam blog ini.

5. Google Search Shotcuts.



Weather *zip code*  
Masukkan zip code kawasan anda dan google akan memaparkan suhu semasa.

Define: *word*
Google akan memaparkan maksud ayat dengan lebih tepat dan jelas (untuk english word sahaja).

Time *negeri/daerah/negara*
Google akan memaparkan waktu  bagi kawasan yang anda letak.



6. Search specific document.

Untuk PDF : *keyword* filetype:pdf
Untuk MS Word : *keyword* filetype:doc


Format lain untuk document : doc, xls, rtf, swf, ps, lwp, wri, ppt, pdf, mdb, txt 

contoh di bawah apabila saya search dokumen pdf berkaitan resipi daging






// seindah