Makanan & Minuman Perlu Dielakkan Ketika Hamil



Antara  Makanan & Minuman Perlu Dielakkan Ketika Hamil

Pada peringkat kehamilan penting bagi bakal kaum ibu untuk mengambil vitamin dan mineral seperti asid folik dan zat besi.

Diet yang tidak seimbang juga boleh menjejaskan kesihatan dan kandungan bayi. Jika anda mengamalkan diet yang tidak teratur mulakan dengan mengambil makanan yang berkhasiat dan seimbang. 

Namun dalam anda menjaga diet dan pemakanan anda perlu diingatkan beberapa jenis makanan atau minuman  perlu dielak sepanjang kehamilan.

Antara makanan yang perlu dielakkan bagi ibu hamil  : 

1) Keju lembut
- membiakkan bakteria yang dikenali dengan nama listeria 
- ia boleh menjangkiti bayi dalam kandungan dan menyebabkan keracunan makanan yang mengundang maut. - brie, camembert, feta, blue cheese, queso blanco, queso fresco dan panela (melainkan dilabel produk keju tersebut ditulis "Telah Dipasteur") perlu dielakkan

2) Daging mentah atau separuh masak 
- terdapat bakteria toxoplasma dll. 
- pastikan daging betul2 dimasak apabila anda makan di luar

3) Jus buah-buahan
- berhati2 ketika minum di kedai bagi jus buahan yang diperah kerana dikhuatiri ia nya tidak dipasteur dan boleh menyebabkan ia dijangkiti wabak salmonella dan e coli
- Sebaiknya buatla sendiri di rumah kerana kebersihannya terjamin

4)  Sushi
- bagi wanita yang hamil anda perlu mengelakkan memakan susi selama anda hamil kerana ianya tidak dimasak dengan sempurna

5) Tiramisu
- pencuci mulut selalunya mengandungi telur mentah. Elakkan 
Kebanyakan pencuci mulut (desserts) mengandungi telur mentah.  Kalau boleh, elakkan pencuci mulut yang diperbuat dari telur mentah yang tidak dipasteur. Melainkan anda sendiri yang membuatnya menggunakan telur yang tertulis dilabel "Telah dipastuer".

6) Daging proses
- ham, ayam turki, salami, bologna atau hotdog adalah contoh-contohnya.
- ibu yang mengandung terdedah dengan risiko 20 kali bahaya dengan pengambilan makanan ini.
- keguguran, kelahiran pramatang atau kematian adalah risiko utama terhadap bayi yang dikandung

7) Buah-buahan atau sayur-sayuran yang tidak dibasuh
- pastikan buahan atau sayuran dibasuh dengan sempurna sebelum dimakan


8) Makanan laut atau ikan salai 

9) Susu yang tidak dipasteur
- susu segar yang diperah dari lembu atau kambing tidak digalakkan kerana ianya tidak dipasteur

10) Minuman dan makanan yang berkafein

11) Alkohol, Minuman bergas & Makanan ringan

12) Makanan yang dibungkus polisterin

// seindah