Jawatan Kosong Konstabel PDRM Seluruh Malaysia (30 November 2015)



1. Konstabel Lelaki

Calon-calon yang telah mendaftar melalui portal suruhanjaya perkhidmatan awam (spa) boleh menghadirkan diri ke lokasi dan tarikh yang ditetapkan bagi menjalani ujian fizikal dengan berpakaian sukan (seluar panjang sukan, t-shirt berkolar dan kasut sukan). 

Kesemua calon juga dikehendaki membawa dokumen asal dan peralatan berikut semasa menjalani ujian:
  • Kad pengenalan asal dan 1 salinan;
  • Sijil kelahiran asal dan 1 salinan;
  • Sijil SPM asal dan 1 salinan (slip tidak diterima);
  • Sijil berhenti sekolah dan 1 salinan;
  • Surat atau lain-lain sijil penghargaan dan 1 salinan;
  • 1 salinan kad pengenalan bapa, 1 salinan sijil kelahiran bapa atau sijil kematian bapa;
  • 1 salinan kad pengenalan ibu, 1 salinan sijil kelahiran ibu atau sijil kematian ibu;
  • 1 keping gambar terkini calon berukuran pasport;
  • Pen ball-point (pen dakwat hitam), liquid paper serta gam; dan
  • Seluar pendek bagi pemeriksaan fizikal
Calon yang hadir wajib membawa segala dokumen asal dan keperluan di atas dan berada di lokasi ujian fizikal pada jam 7.15 pagi.

Tarikh dan lokasi ujian fizikal bagi eksesais pengambilan jawatan konstabel adalah seperti berikut:

ZON 1 - SABAH (A)

Tarikh : 2 hingga 18 November 2015 (termasuk Sabtu dan Ahad kecuali Jumaat dan cuti umum)
Tempat : Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah

ZON 2 - SABAH (B)

Tarikh : 2 hingga 8 november 2015 (Termasuk Sabtu dan Ahad kecuali Jumaat)
Tempat : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau

ZON 3 - SARAWAK (A)

Tarikh : 2 hingga 15 november 2015 (termasuk Sabtu dan Ahad kecuali Jumaat dan cuti umum)
Tempat : Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa  dan   Batalion 12 PGA Sri Aman

ZON 4 - SARAWAK (B)

Tarikh : 4 Hingga 5 November 2015
Tempat : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu

Tarikh : 7 November 2015
Tempat : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bintulu

Tarikh : 11 Hingga 12 November 2015
Tempat : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sarikei

Tarikh : 15 Hingga 17 November 2015
Tempat : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri

ZON 5 - KEDAH DAN PERLIS

Tarikh : 9 Hingga 21 November 2015 (termasuk Sabtu dan Ahad kecuali Jumaat dan cuti umum)
Tempat : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang

ZON 6 - PULAU PINANG

Tarikh : 9 Hingga 14 November 2015 (termasuk Sabtu dan Ahad kecuali Jumaat dan cuti umum)
Tempat :Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) Unit 3, Pulau Pinang

Tarikh : 16 Hingga 24 November 2015 (Termasuk Sabtu dan Ahad kecuali Jumaat)
Tempat : Pasukan Gerakan Udara (PGU), Ipoh, Perak

ZON 7 - JOHOR

Tarikh : 9 Hingga 22 November 2015 (Termasuk Sabtu dan Ahad kecuali Jumaat dan cuti umum)
Tempat : Pasukan Simpanan Persekutuan (Psp) Unit 2 Johor Bharu

ZON 8 - PAHANG

Tarikh : 9 Hingga 16 November 2015 (Termasuk Sabtu Dan Ahad Kecuali Jumaat Dan Cuti Umum)
Tempat :Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA) Bukit Galing, Kuantan

ZON 9 - TERENGGANU

Tarikh : 18 Hingga 23 November 2015 (Termasuk Sabtu Dan Ahad Kecuali Jumaat)
Tempat : Batalion 9 Pasukan Gerakan Am (PGA) Gong Badak, Kuala Terengganu

ZON 10 - KELANTAN

Tarikh : 9 Hingga 19 November 2015
Tempat : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah

Tarikh : 22 Hingga 30 November 2015
Tempat : Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu

Untuk sebarang pertanyaan mengenai eksesais pengambilan Konstabel Lelaki ini, sila hubungi Unit Pengambilan PDRM di talian 03-2266 8347 / 8350 / 8351. 

Tarikh Tutup : 30 November 2015
// seindah