Cara Membuat Resume Terbaik
Ada beberapa tips yang boleh diberi untuk Membuat Resume Terbaik, tatacara yang terbaik dan kesilapan yang boleh dielak yang aku pelajari selama memohon kerja.
Penulisan ini mungkin berguna untuk lepasan UPM Kampus Bintulu sebab kewajipan menghadiri "finishing school" jadi kebanyakan resume mungkin sama.
Lepasan universiti/kolej/institut yang lain juga boleh menggunakan format dan kaedah yang sama.
RESUME
1. Pastikan resume yang dihasilkan paling maksimum 2 muka surat jangan lebih.
2. Bentukkan resume mudah dan padat. (aku guna konsep minimalis)
2. Gunakan font tulisan yang terang, kemas seperti Arial, Century atau Verdana (please do not use fancy font) .
3. Dalam resume, letakkan objektif kerje (penting). Objektif kerja ini berbeza mengikut bidang.
4. Mana-mana isi yang tidak berkaitan atau tidak penting seperti tinggi, berat tidak perlulah dinyatakan didalam resume.
5. Update segala maklumat bermula lepas SPM sehingga sekarang. (Kerja jual dadih juga boleh disi dibawah kategori usahawan).
6. Susun dan cetak salinan sijil akademik, kokurikulum, kursus mengikut tahun.
7. Adalah sangat terbaik jika ada recommendation letter dari majikan sebelumnya (UPMKBians yang pernah join stocktake MLNG pasti ada surat ini)
8. Untuk part reference, boleh guna nama ketua jabatan, penasihat akademik, supervisor FYP atau pensyarah tapi pastikan maklumkan pada mereka.
PERMOHONAN MELALUI LAMAN SESAWANG/ EMAIL
1. Isi setiap maklumat yang diperlukan dengan betul tanpa penyelewengan.
2. Wajib ada satu email formal dan no telefon yang tidak akan ditukar2 (walaupun anda clash breakup).
3. Permohonan melalui email hendaklah dalam bentuk formal dan mempunyai cover letter (jangan main terjah, ada kemungkinan masuk trash)
3. Pastikan no telefon yang diberikan itu boleh dihubungi 24jam dimana sahaja anda berada. (aku pernah dipanggil untuk interview semasa site visit dalam hutan MARDI di Cameron, jadi bersedialah sentiasa)
4. Sekiranya dapat miss call tu, maka segera lah buat panggilan balas. Jangan biarkan pemanggil menunggu/mencari kita (jangan kedekut kredit sangat).
5. Kita boleh call ke pihak majikan untuk memastikan permohonan melalui email diterima oleh mereka (aku buat dalam lingkungan masa tiga hari).
6. Kalau permohonan memerlukan salinan resume, cetak resume atas kertas keras >80gsm (looks professional).
INTERVIEW
1. Selidik latar belakang syarikat (jadilah stalker).
2. Periksa lokasi tempat interview disesuatu tempat (kalau boleh sehari sebelum cari lokasi tempat interview, jadi esoknya tidak kelam kabut mencari)
3. Sedia sejam sebelum interview. Mungkin nampak skema datang awal tetapi kalau dalam keadaan bersedia ianya akan lebih mudah.
4. Keep calm, be yourself (seriusly jangan nak propa sangat masa interview)
5. Masa bercakap, buat eye contact (it shows that you are confident)
6. Masa masuk beri salam dan masa keluar cakap terima kasih.
7. Habis interview, hantar email terima kasih interview (This show your are eager with the position being propose)
The rest is doa, tawakal dan tunggu maklumbalas. Ini yang mampu aku kongsikan selama aku memohon pekerjaan (masih lagi mencari yang terbaik). Kebanyakan tips adalah adaptasi melalui perkongsian di FB dan pencarian di Google.
Kepada yang mudah mendapat pekerjaan, tahniah diucapkan. Kepada yang 'susah', berusahalah dengan gigih dan kesabaran, InsyaAllah masa anda tiba juga.
Contoh Cover Letter